Sunday, February 17, 2008

Majlis makan makan.

Hari ni hari terakhir cuti aku dan hari akhir aku berada Sf dirumah Pengarah MIDA yang baik hati, Haji Sohaimi dan isteri beliau Hjh Ainal, semoga allah SWT melindungi mereka dan melimpahkan rezeki kepada mereka...

Dengan mereka selama beberapa hari ni, dptlah aku hilangkan rindu aku kepada keluarga, dan pada hari ni mereka mengadakan sedikit makan makan dan menjemput orang melayu yang berada diSF...

Ramai juga bangsa melayu yang berhijrah diSF ni, ada yang dah bertahun tahun disini dan ade juga dah masuk 10 tahun. Kebanyakan mereka ni profesional yang bekerja disilicon valley sebagai engineer... Rasa bangga dengan pencapaian mereka...

Yang paling besh sekali ialah apabila aku dpt berjumpa dgn penulis, penulis blog sensasi suatu ketika dulu dgn penulisan dan kritikan beliau terhadap kepimpinan PM kita iaitu Dr. Bakri Musa.

esok dah mula minggu pos produksi projek terakhir aku, harap harap rushes aku beroleh dgn baik dan dapat aku kerjakan dengan baik, insyaallah...

aku seperti biasa malas nak tulis panjang. bior gambar jelah bercerita.







Dr. Bakri Musa bersama isteri.

Haji Sohaimi, Dr. Bakri dan isteri.


Aku dah merancang untuk turun sekali lagi ke SF sebelum aku pulang ke gagang dan berkongsi ilmu bersama rakan rakan dimalaysia...

Aku nak shoot sunset di puncak tertinggi diSF iaitu Twin Peaks dan cuba utk dptkan sudut dan pencahayaan paling baik permandangan Golden Gate Bridge dari Golden Gate Park dan Twin Peaks, insyaallah...

Esok bermula 10 hari yang tenat bagi aku di dalam pos produksi, aku bukan seorang editor yang baik, tapi aku akan cuba sehabis baik dan cuba perahkan segala kreativiti aku utk projek terakhir aku...

sehingga bertemu lagi, aku akan kemaskini blog ini dgn foto foto sepanjang aku disini dan juga lapuran mingguan aku, serta masukkan video projek mingguan aku, insyaallah.

No comments: