Hari ni aku telah berjalan sejauh lebih kurang 10 batu dan waktu berjalan adalah lebih kurang 1 jam lebih. Pada mulanya aku dan 2 rakan yang bersama aku berada di tengah tengah Universal Studio mencari jalan ke bangunan tempat dimana aku akan mengaji. aku merancang utk menaiki teksi sahaja, tapi rakan aku yang sorang lagi tu rasa dirinya pandai mencadangkan kami berjalan kaki.
Aku no problem cuma aku kesiankan khairul yang tidak sihat badan dan asyik batuk sahaja, tapi aku nak tgk sejauh mana pandainya rakan aku tu, aku layankan saja.
Kami berjaya menemukan bangunan yang dicari, tetapi khairul sampai muntah angin dan dia tertidur langsung diatas sofa di NYFA kerana penat berjalan. Masa ni sempat juga aku jadi paparazzi kerana writers guilds of america sedang melakukan protes dihadapan bangunan yang dituju, bangunan merah coklat kat belakang yang berpagar tu adalah bangunan yang dituju.
Setelah semuanya selesai dan pihak NYFA telah mendapatkan tempat tinggal utk aku dan rakan aku,kami pun keluar dari bangunan dan menuju ke Universal Studio kerana zahrin menunggu aku disana bersama wife dia.