Friday, January 25, 2008

prawara kitaran masa II

gabungan kreatif dua cerita dari dua pengarah.
Hasil kerja kamera oleh aku sebagai DP.
Aku akan apdet lagi nanti.



Selepas projek ini, projek continuity menyusul. Macam macam masalah timbul pada krew kami time projek conti ni. dan juga nantikan projek bengkel backlot dimana giliran aku plak shoot utk siri "chase" dibacklot. update terbaru gambar dilokasi serta waktu pengambaran akan dibuat di fotopages aku.

Thursday, January 24, 2008

prawara kitaran masa

Kerja kamera aku sebagai DP dan pengarahan oleh rakan aku, Andres Torres.



masa ni aku ade dua projek kat tangan, kena jadi DP bagi projek mise en scene ni. Kira dpt jugalah bertukar tukar idea macamana nak hasilkan cahaya dan potret yang sempurna.

Tuesday, January 22, 2008

mise en scene project : first chair.

mise en scene, tugasan yang memerlukan aku utk merakamkan tiga babak didalam satu lokasi, masa bawah seminit dan 4 jam masa pengambaran.



cut yang dipaparkan adalah utk screening bersama lecturer. director's cut akan menyusul tak lama lagi. aku akan cuba apdet gambar belakang tabir dalam masa terdekat.

Terima Kasih.

ps: harap maaf jika kualiti tidak memuaskan. file telah dikompresisasikan.

Wednesday, January 16, 2008

melayu masuk backlot, Universal Studio

Ok kali ni aku berada didalam backlot, universal studio utk production workshop aku nanti.

Pekan New York dibacklot.

Pekan New York dibacklot.

Pekan New York dibacklot.

Texas Town atau bandar koboi moden, citer shanghai noon shoot sini.



ingat tak citer desperate housewife, masuk simpang steven spielberg tu boleh masuk lokasi desperate housewife.

Pekan Koboi.



Aku x byk ambil gambar sebab tgh menyibukkan diri berkenalan dgn pengarah utk universal ni. nanti apdet kelas kamera dan cahaya plak.

Tuesday, January 15, 2008

Melayu berjalan di jalan ketujuh

Sedang melintas masuk dari downtown LA ke 7th street, LA. rekabentuk bangunan kat sini macam mainan lego plak aku tengok.

Kedai kedai kat sepanjang jalan mempunyai cara promosi mereka sendiri untuk melariskan perniagaan mereka. kebanyakan peniaga disini datang dari puak dominicans yang sememangnya telah lama bertapak sebagai pedagang didaerah ini.



persimpangan 7th street dan Harlem...


Bangunan terbesar di7th street dan pada aku bebetul kotak binaannya. merah je masih ni yang aku nampak.


penat berjalan kami sampai ke stesen yang kami tuju. nak turun bawah tanah plak.

Monday, January 14, 2008

melayu di downTOWN L.A

Hari ni masa gambar diambil aku dan mathe pergi hantar khairul ke stesen greyhound sebab mamat tu nak ke Vegas. Permulaan street shooting ni bermula dipintu masuk stesen greyhound.

masa kat kawasan sekitar stesen greyhound ni, bukan kenderaan kecil yang lalu lalang, tapi tu dia hah, 18 wheelers aka optimus prime tu...


sampai kat signage ni, aku baru sahaja melintasi lampu merah pertama aku melintas kat LA ni di kawasan paling hujung downtown LA.

Susuk tubuh orang yang bekerja pertama menjadi tembakan lensa aku.


Ni berdua baju merah ni adalah anggota polis L.A. Naik basikal je tu ronda, rajin mereka ni.

Another homeless. bau pahing sesgt selepas melintas lampu isyarat ini.

Okni kira dah kira macam jauh perjalanan sebanyak 15 minit utk sampai kat kawasan ni, ni titik persimpang downTOWN L.A ke 7th street L.A. dah mula nampak bangunan yg cantik dan lama.

Lepas ni aku apdet shot di 7th street plak dan shot sekitar lawatan di backlot, universal studio, shhot kerja projek pelajar dan sudah tentu laporan minggu pertama aku mengaji disini. uwahhhhhhhhhhhhhh sayang tolong buatkan.

Wednesday, January 2, 2008

Melayu merayau

Hari ni aku telah berjalan sejauh lebih kurang 10 batu dan waktu berjalan adalah lebih kurang 1 jam lebih. Pada mulanya aku dan 2 rakan yang bersama aku berada di tengah tengah Universal Studio mencari jalan ke bangunan tempat dimana aku akan mengaji. aku merancang utk menaiki teksi sahaja, tapi rakan aku yang sorang lagi tu rasa dirinya pandai mencadangkan kami berjalan kaki.

Aku no problem cuma aku kesiankan khairul yang tidak sihat badan dan asyik batuk sahaja, tapi aku nak tgk sejauh mana pandainya rakan aku tu, aku layankan saja.

Kami berjaya menemukan bangunan yang dicari, tetapi khairul sampai muntah angin dan dia tertidur langsung diatas sofa di NYFA kerana penat berjalan. Masa ni sempat juga aku jadi paparazzi kerana writers guilds of america sedang melakukan protes dihadapan bangunan yang dituju, bangunan merah coklat kat belakang yang berpagar tu adalah bangunan yang dituju.



Setelah semuanya selesai dan pihak NYFA telah mendapatkan tempat tinggal utk aku dan rakan aku,kami pun keluar dari bangunan dan menuju ke Universal Studio kerana zahrin menunggu aku disana bersama wife dia.

Tuesday, January 1, 2008

Melayu atas tanah LA

Ok masa ni aku dah ade kat atas tanah, alhamdulillah aku selamat sampai di LA. Masa kat LAX nie aku berjumpa sorang melayu lagi yang nak ke vegas, sekali melayu ni pernah bekerja dgn staff aku masa kat CSSB. betapa itu bukti bahawa dunia sebenarnya kecil sahaja. so cukuplah korum bujang lapok di LA masa ni dgn kehadiran Khairul.

Masa ni kita bertiga dkt redondo beach menunggu train utk ke Universal City, dari kira aku, maddy dan khairul....

yang ni khairul menembak gambar aku distesen masa nak transit ke stesen yang lain utk ke Universal City...

Yang ni plak, khairul tembak aku sedang berdiri setelah penat duduk selam 14jam lebih dlm kapalterbang. dah dekat dah ni nak sampai, lagi satu stesen transit nak naik iaitu 7th street. kat stesen ni blh gi downtown LA. Nak dijadikan cerita masa ni, tuhan menemukan kami bertiga dgn seorang nigga bernama Mr.T dan seorang belia bernama Kameron, mereka byk memberi maklumat utk hidup di LA ni. Kameron pula membawa kami bertiga ke Universal City.

Ni bangunan Universal City Plaza, kereta yang ada tu nak masuk Universal Studio.Masa ni aku terdampar kat sini selama tiga jam, menunggu teksi, haram jadah satu teksi pun x lalu....dah sejuk punya pasal, last skali aku tahan polis peronda dan minta tolong. selamat...

Aku bangga masa menunggu ni, aku jumpa nombor bertuah aku, dan masa ni aku percaya pada qada dan qadar yang ditentukan tuhan yang aku akan selamat dan berjaya di LA ini....
lastly, to my lovely wife and my adorable and cheeky sons, i love u all very very much. miss u like crazie here and been waiting to see u all with my webcams here. soon...

Ok bertemu kembali....

PS// masa kejadian diatas elah dari pkl 9mlm hingga 1230 tgh mlm waktu pasifik, LA, ditengah tengah bandar universal city.

Melayu atas angin LA

Masa ni aku dah berada kat atas angin kotaraya los angeles, teruja kejap dgn corak penempatan bandaraya ini. Jangan terkejut dgn tarikh pos ni, masa aku smpi LA, manusia kat sini baru sahaj lepas menyambut tahun baru dimana orang kat malaysia dah 16 jam melaluinya.



Sempat mana aku cuba dptkan gambaran dari langit bandaraya los angeles. Mana yang aku masa ni belum mendarat.

Prawara: Melayu Terbang

Hari ni, Ketika ini, Saat ini melayu ini berada di KLIA utk terbang ke LA. Insyaallah aku akan selamat sampai di LA pada masa yang sama. Langkah kanan telah dimulakan dgn bismillah dan niat telah ditetapkan, aku pergi membawa harapan dan dgn impian aku akan berusaha memperolehi kejayaan,insyaallah.

Aku akan terbang dgn benda alah ini...aku rasa ade dua kali je aku naik benda alah ni...

Huhuhu...ni dah terbang ni, masih diruang angkasa negara tercinta...

masa ni aku dah tak nampak tanah dah, aku hanya nampak kerajaan langit, masyaallah indah ciptaan allah swt...

Masa ni dah tak tahu nak buat apa, aku layan movie kt dalam kapal terbang, byk movie baru...
ok nanti aku apdet lagi dgn citer baru dan gambar baru sblm aku mulakan pengajian aku disini...
pada isteri aku, yang pasti akan membaca blog ni, aku hanya nak beritahu yang aku sayangkan dirinya dan anak anak aku.

salam.